KECEMASAN: Bekalan Elektrik Terputus!
Pihak guru di Sabah baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka sedang berdepan masalah bekalan elektrik yang kerap terputus.
Keadaan ini memberi kesan langsung kepada sesi pembelajaran harian dan menyukarkan guru untuk menjalankan kelas secara konsisten.
![]()

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon bantuan segera bagi mendapatkan sebuah generator yang dapat digunakan ketika berlaku gangguan bekalan elektrik.
Bayangkan Jika Anak Anda Belajar Di Tempat Seperti Ini
Keadaan luar dan dalam sekolah yang usang
Setiap hari, anak-anak ini tetap hadir untuk belajar walaupun terpaksa berada dalam ruang yang sempit, usang dan serba kekurangan.
Dinding yang rosak, ruang yang terhad dan kemudahan yang tidak sempurna bukan alasan untuk mereka berhenti menuntut ilmu.

Dinding luar kelas yang sudah terkopek dan reput
Namun, keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.
Dalam suasana pembelajaran yang tidak selesa dan serba terbatas, proses pembelajaran agama menjadi sukar untuk dijalankan secara konsisten dan berkesan.
Pusat Mengaji Annur Sabah kini memerlukan sokongan bagi menaik taraf ruang pembelajaran agar lebih selamat, selesa dan sesuai untuk kegunaan para pelajar.
Kita Usahakan Pusat Ilmu Yang Berterusan
Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memastikan mereka mendapat pendidikan agama secara konsisten.
1. Guru agama tetap yang mengajar fardhu ain

2. Kelas agama al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan juga ibu bapa

3. Kelas membaca dan menulis agar mereka celik ilmu dan celik agama

4. Pembinaan kelas/sekolah tetap untuk belajar setiap hari

Wakaf Anda Melahirkan Muslim Berilmu dan Beramal
Bayangkan setiap langkah mereka ke kelas, setiap huruf yang mereka belajar menjadi pahala yang mengalir untuk anda.
Inilah peluang untuk kita sama-sama membina legasi yang abadi.
Wakaf Anda hari ini mampu melahirkan generasi berilmu yang membawa kebaikan, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk akhirat kita.
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»
(HR. Ahmad)
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
Projek Pembangunan Yang Telah Berjaya Dilaksanakan
Antara projek yang telah berjaya dibantu sejak tahun 2020
Nota: Jika kutipan untuk kempen ini telah mencukupi, kutipan akan disalurkan ke projek umum berkaitan yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.