FISIOTERAPI TERBANTUT SELEPAS PEMBEDAHAN!
Setelah pembedahan di pinggul Adik Evrieena berjaya, kini keperluan untuk menjalani fisioterapi amat diperlukan.
Tabahnya, seawal usia 2 tahun Evrieena sudah jalani beberapa pembedahan untuk betulkan tulang pinggul namun keadaan masih lagi sukar buat adik kecil ini.

Bayangkan memiliki kaki sebelah yang lebih pendek, macam mana nak berjalan? Kalau nak ke tandas terutamanya tandas mencangkung, macam mana ya? Kalau berlari atau bersukan pula, tak susah ke?
Itulah yang dialami Evrieena Hazfina sejak bayi lagi. Dia disahkan menghidap Left Developmental Dysplasia of the Hip (DDH), atau bahasa mudahnya tulang pinggul kiri terkeluar dari soket.

Berjuang Untuk Pulih
Ogos 2018 : Pembedahan pertama dilakukan untuk memasukkan tulang yang terkeluar, dan kakinya disimen dari pinggul hingga ke paha kanan. Namun begitu, hasil pembedahan masih tidak memberangsangkan.
Oktober 2018: Pembedahan kedua dilakukan. Sejak itu, Adik Evrieena perlu menjalani rawatan susulan setiap dua minggu. Evrieena terpaksa memakai simen dari pinggang ke punggung, yang perlu ditukar setiap dua minggu selama hampir setahun setengah.

Penderitaan Evrieena belum berakhir…
2019 : Pembedahan ke-3 dan ke-4 telah dijalankan. Hasil X-ray selepas pembedahan kelihatan memuaskan, dengan tulang pinggul berada di dalam soket seperti yang diharapkan.
Siapa sangka ketika melangkah ke alam persekolahan, simptom muncul semula. Benjolan mula kelihatan di pinggul kiri, menyebabkan cara jalan yang senget. Sejak itu, pergerakannya menjadi terbatas.
Adik Evrieena tidak boleh duduk terlalu lama, mudah terjatuh, tidak boleh mencangkung dan terpaksa memilih tandas duduk.
2024 : X-ray terbaru menunjukkan tulang pinggulnya kembali keluar dari soket, membuktikan perjuangannya untuk pulih masih belum selesai.
2026 : Adik Evrieena kini dalam fasa pemulihan selepas pembedahan kedua di HUKM pada 27 April 2026 bagi menggantikan skru tulangnya. Namun, proses pemulihan terganggu akibat komplikasi jangkitan kuman pada luka yang menyebabkan kesakitan.
Bagi membantunya berjalan semula, doktor menyarankan adik Evrieena menjalani fisioterapi selama 6 bulan serta mengambil susu nutrisi khas. Bantuan dan sokongan kini amat diperlukan bagi menampung kos fisioterapi dan bekalan susu adik Evrieena.
Bantu Adik Evrieena Elak Kecacatan Kekal

Pembedahan perlu dijalankan lagi. Jika tidak, pinggul Evrieena jadi semakin kritikal dan mengganggu aktiviti sehariannya.
Namun, keluarganya tidak berkemampuan untuk membiayai kos yang diperlukan. Berikut adalah cara bagaimana anda boleh membantu.
Beri Peluang Adik Evrieena Bersekolah & Bermain Seperti Kanak-Kanak Biasa
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699)
